PERATURAN KEDIAMAN DI ROHMAT INN
Saya yang bertandatangan di bawah ini, sebagai penghuni kediaman, dengan ini berjanji untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Orang Luar: Tidak dibenarkan membawa orang luar untuk bermalam di kediaman ini.
- Memasak: Dilarang memasak makanan di dalam bilik.
- Merokok: Dilarang merokok di dalam bilik.
- Bahan Terlarang: Dilarang memiliki, membawa, berada dalam kawalan dan menghisap rokok, dadah, pil khayal/pil ecstasy, dan minuman keras.
- Gangguan Ketenteraman: Dilarang membuat bising seperti membunyikan radio dengan kuat, menjerit, memekik, berbual dengan kuat atau apa-apa cara sekali pun yang boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman penghuni kediaman.
- Bayaran Penginapan: Bayaran penginapan perlulah dijelaskan sebelum 5hb. tiap-tiap bulan.
- Kebersihan: Penghuni adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik masing-masing dan membuang sampah haruslah di buang diluar dari tempat kediaman.
- Penggunaan Premis: Penghuni hendaklah menggunakan Premis Kediaman dengan cermat. Sekiranya didapati melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain pada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau pada apa-apa benda atau kelengkapan di dalamnya akan dikehendaki membayar gantirugi.
- Laporan Kerusakan: Penghuni hendaklah melaporkan sebarang kerosakan kemudahan asas kediaman kepada Pihak Pengurusan dengan kadar segera.
- Penggunaan Elektrik: Pastikan kipas angin, lampu dan alat-alat elektrik dipadamkan sebelum meninggalkan bilik. Dilarang mengubahsuai peralatan dan pendawaian elektrik.
- Cuti & Balik Kampung: Sekiranya ingin balik ke kampung atau cuti semester, penghuni harus memaklumkan kepada pihak pengurusan supaya pihak pengurusan boleh memantau keadaan rumah agar tidak berlaku kecurian atau sebaliknya.
- Tempoh Tinggal: Penghuni diwajibkan maklum kepada Pihak Pengurusan jika ingin menamatkan/menyambung tempoh tinggal di kediaman.
- Penyerahan Kunci: Penghuni diwajibkan melaporkan dan menyerahkan kunci kediaman kepada Pihak Pengurusan jika ingin menamatkan sewa kediaman.
- Tindakan Tegas: Tindakan tegas akan diambil jika penghuni melanggar peraturan di atas serta Penghuni boleh di keluarkan dalam masa 24 jam.