Pendaftaran Kemasukan

RI F1
  • Maklumat Diri
  • Maklumat Orang Kecemasan / Waris
  • Maklumat Menginap
  • Maklumat Pembayaran
  • Aku Janji

*Sila pastikan anda memuat naik depan dan belakang Kad Pengenalan serta Kad Pelajar dalam bentuk fail PDF.

*Sila letakkan palang “Untuk Kegunaan Rohmat Inn” pada setiap fail PDF anda.

*Sila pastikan anda memuat naik satu fail PDF sahaja bagi memudahkan pengurusan.

  • Satu bilik 2 orang - Katil Single
  • Deposit RM300 (2 Bulan)
  • Sewa Setiap Bulan  (RM150 per head) - Termasuk bil elektrik, air dan wifi)
  • Satu rumah ada 6 bilik
  • Satu rumah untuk 12 orang

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN BERIKUT:

NAMA AKAUN : PS URUS ENTERPRISE
NO AKAUN : 563064170081 (MAYBANK ISLAMIC)

  • Sila pastikan anda memuat naik file atau image bukti pembayaran yang betul untuk mengelakkan masalah kepada pihak pengurusan.

PERATURAN KEDIAMAN DI ROHMAT INN

Saya yang bertandatangan di bawah ini, sebagai penghuni kediaman, dengan ini berjanji untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Orang Luar: Tidak dibenarkan membawa orang luar untuk bermalam di kediaman ini.
  2. Memasak: Dilarang memasak makanan di dalam bilik.
  3. Merokok: Dilarang merokok di dalam bilik.
  4. Bahan Terlarang: Dilarang memiliki, membawa, berada dalam kawalan dan menghisap rokok, dadah, pil khayal/pil ecstasy, dan minuman keras.
  5. Gangguan Ketenteraman: Dilarang membuat bising seperti membunyikan radio dengan kuat, menjerit, memekik, berbual dengan kuat atau apa-apa cara sekali pun yang boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman penghuni kediaman.
  6. Bayaran Penginapan: Bayaran penginapan perlulah dijelaskan sebelum 5hb. tiap-tiap bulan.
  7. Kebersihan: Penghuni adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik masing-masing dan membuang sampah haruslah di buang diluar dari tempat kediaman.
  8. Penggunaan Premis: Penghuni hendaklah menggunakan Premis Kediaman dengan cermat. Sekiranya didapati melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain pada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau pada apa-apa benda atau kelengkapan di dalamnya akan dikehendaki membayar gantirugi.
  9. Laporan Kerusakan: Penghuni hendaklah melaporkan sebarang kerosakan kemudahan asas kediaman kepada Pihak Pengurusan dengan kadar segera.
  10. Penggunaan Elektrik: Pastikan kipas angin, lampu dan alat-alat elektrik dipadamkan sebelum meninggalkan bilik. Dilarang mengubahsuai peralatan dan pendawaian elektrik.
  11. Cuti & Balik Kampung: Sekiranya ingin balik ke kampung atau cuti semester, penghuni harus memaklumkan kepada pihak pengurusan supaya pihak pengurusan boleh memantau keadaan rumah agar tidak berlaku kecurian atau sebaliknya.
  12. Tempoh Tinggal: Penghuni diwajibkan maklum kepada Pihak Pengurusan jika ingin menamatkan/menyambung tempoh tinggal di kediaman.
  13. Penyerahan Kunci: Penghuni diwajibkan melaporkan dan menyerahkan kunci kediaman kepada Pihak Pengurusan jika ingin menamatkan sewa kediaman.
  14. Tindakan Tegas: Tindakan tegas akan diambil jika penghuni melanggar peraturan di atas serta Penghuni boleh di keluarkan dalam masa 24 jam.